Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Usahawan Terengganu Diharap Lebih Ramai Miliki Sijil Mesti Dan Halal


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) berharap lebih ramai usahawan di negeri ini tampil memohon untuk mendapatkan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti) dan sijil halal bagi produk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A. Rahman berkata, sijil ini secara tidak langsung membuka ruang kepada usahawan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

YPU sentiasa bersedia untuk membantu kerana hasrat kita adalah untuk memastikan wujud peningkatan usahawan yang ada sijil Mesti dan halal pada tahun hadapan.

“Justeru, kita mengharapkan transformasi daripada para usahawan. Kalau boleh ubahlah persepsi negatif di mana terdapat segelintir menjadikan alasan permohonan sijil-sijil ini terlalu rumit kerana YPU sentiasa bersedia menjadi pemudah cara,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad merasmikan Seminar Penutup Transformasi Halal dan Mesti Terengganu di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Malaysia, Dato’ Prof. Dr Naim Mohammad.

Sementara itu katanya, semua usahawan yag terlibat dalam seminar tersebut diharap akan berusaha menjadikan seminar itu sebagai batu loncatan untuk menjadi pengusaha halal yang mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

“Sekurang-kurangnya, pada tahun hadapan kita akan melihat bilangan peningkatan daripada 126 orang yang memiliki sijil halal meningkat kepada 200 orang, menjadi satu pencapaian yang agak baik kepada kita sebagai usahawan negeri Terengganu,” ujarnya.

No comments: