Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UPSR 2016 : Jangan Kecewa Dan Panik - A. Latif



Ibu bapa dan pelajar yang gagal mencapai keputusan cemerlang terutama mendapat 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 dinasihatkan supaya tidak terlalu kecewa dan panik, kerana pelajar berkenaan masih berpeluang menempatkan diri di sekolah elit dan asrama penuh di Tingkatan Satu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, format baru UPSR yang diperkenalkan pada tahun ini sebagai tahun perintis memberi kesan kepada prestasi yang merosot ini.

Malah katanya, bukan hanya Terengganu yang mengalami kemerosotan, prestasi negeri- negeri lain turut menurun mendadak.

"Guru dan pelajar masih belum mampu dan kurang biasa dengan format baharu yang merangkumi sukatan pelajaran dari Tahun Tiga hingga Tahun Enam.

"Daripada keputusan itu, dua subjek utama, Bahasa Inggeris dan Matematik mengalami kemerosotan ketara sekaligus memberi impak kepada prestasi keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

A. Latiff berkata, kerajaan negeri akan melihat senario semasa ini dari sudut positif dan akan memastikan calon UPSR 2017 dapat menyesuaikan diri dengan format baharu ini supaya prestasi dapat diperbaiki dan meningkat semula.

Tambahnya, ibu bapa diharapkan tidak terlalu kecewa dan menerima keputusan ini sebagai perangsang untuk tahun hadapan serta seterusnya dapat mencipta kecemerlangan.

Selain itu juga, guru-guru pula mampu menjadikan keputusan ini sebagai motivasi untuk persediaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di tahun-tahun seterusnya.

No comments: