Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TYT Pulau Pinang Kagumi Perkembangan UCB, Setiu


Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abas menzahirkan rasa kagum dengan pembangunan dan perkembangan Kolej Universiti Bestari (UCB) sehingga bakal menjadi sebuah universiti wakaf pertama di Malaysia, beberapa tahun lagi.
Abdul Rahman berkata, bermula dari sebuah kolej biasa suatu ketika dahulu, UCB kini mampu pergi lebih jauh menjadi sebuah universiti dikenali bukan sahaja di peringkat negara ini malah di peringkat antarabangsa.
“Saya rasa sangat senang hati, kagum dan amat teruja mendengar taklimat mengenai pertumbuhan sebuah pusat pengajian tinggi yang luar biasa, yang bakal menjadi universiti wakaf yang bermula dari semangat dan kemudian bantuan dari kerajaan untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar lagi.
“Insya-Allah, jika ada waktu, ada kelapangan dan ada tenaga, saya akan turut membantu badan ini, sama-samalah kita menyokong supaya UCB ini bukan sahaja terkenal di peringkat glokal malah hingga ke peringkat global,” katanya ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Kompleks Pembangunan Usahawan kolej university itu, di Putera Jaya, Setiu, hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif UCB, Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, kompleks dua blok bangunan tiga dan satu tingkat yang bernilai RM4 juta itu akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.
Katanya, bangunan yang dijangka siap dalam tempoh setahun lagi itu mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada penuntut malah juga kepada penduduk setempat.
“Penubuhan kompleks di tanah seluas 2.8 hektar itu antara lain bertujuan untuk membentuk komuniti usahawan siswazah yang lebih dinamik dan dapat menyediakan peluang pekerjaan lepasan UCB selain memberi pendedahan kepada mereka mengenai ilmu keusahawanan sebagai kerjaya mereka suatu hari nanti,” katanya

Dalam kunjungan itu, Abdul Rahman juga sempat melawat Taman Trigona Bestari iaitu tempat penghasilan madu kelulut .

No comments: