Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tidak Tunai Solat Jumaat Berdepan Hukuman Penjara Dua Tahun


Dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini, meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dibawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat).

Mana-mana orang lelaki yang mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid, kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pindaan terhadap Enakmen ibu seksyen 16 adalah bagi memastikan kesalahan  tersebut dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.

“Keperluan untuk tidak hadir tiga kali berturut-turut amat sukar dipastikan sebagai elemen bagi membolehkan pesalah itu didakwa di mahkamah.

“Disamping itu juga, hukuman sedia perlu dipinda untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewajipan sembahyang Jumaat,” ujarnya ketika membentangkan pindaan seksyen tersebut yang disokong sebulat suara pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, sebelum pindaan enakmen itu, mana-mana orang lelaki yang mukallaf, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat dalam mukim masjidnya tiga kali berturut-turtut tanap uzur syarie atau sebab yang munsabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

No comments: