Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Cadang Unit Khas Pantau 203 Sekolah Berisiko


Terengganu  mengenalpasti 203 daripada 503 sekolah menengah dan rendah yang berusia lebih 20 tahun di seluruh Terengganu perlu dipantau dari aspek keselamatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. latiff Awang, berkata dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat, pihaknya akan memastikan satu unit khas dibentuk untuk memantau secara forensik bagi mengenal pasti ciri-ciri keselamatan dari segi pendawaian, struktur bangunan serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan insiden seperti kebakaran. 

“Pada masa yang sama, kita juga akan memastikan guru-guru dan murid-murid diberikan kursus dan praktikal untuk menghadapi pelbagai bentuk bencana contohnya kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

“Latihan keselamatan secara berkala sebanyak dua kali setahun mesti dilaksanakan supaya mereka bersedia sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan kepada pelajar Tingkatan Lima yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang, hari ini.

Seramai 75 pelajar melibatkan 51 calon Melayu dan 24 calon Cina mengambil SPM di sekolah itu.

Latif berkata,  setiap premis sekolah mestilah mempunyai alatan keselamatan yang lengkap dan mengikut piawaian seperti pili bomba dan alat pemadam api supaya dapat digunakan apabila berlaku kecemasan sekali gus mampu mengurangkan risiko kemusnahan harta benda dan kecederaan nyawa.

Selain itu, beliau berkata,  Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan segera RM100 juta bagi membina tiga sekolah menengah baharu di negeri ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada, Kuala Terengganu, SMK Tok Jembal, Kuala Nerus dan SMK Permai, Kemaman .


No comments: