Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TDM Lonjak Keuntungan Sebelum Cukai 115 Peratus Suku Ketiga Berakhir 2016



Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Development Management (TDM) Berhad mencatatkan peningkatan ketara 115 peratus keuntungan sebelum cukai kepada RM22.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016.

Keuntungan berbanding RM10.5 juta pada tempoh yang sama tahun lalu dicapai berikutan peningkatan empat peratus pendapatan sebanyak RM102.7 juta daripada RM98.6 juta berbanding tahun lalu.

Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Wan Zalizan Wan Jusoh berkata, pencapaian mantap suku ketiga berakhir tahun ini bersandarkan keuntungan sebelum cukai di bahagian perladangan yang kukuh.

“Keuntungan bahagian perladangan sebanyak RM21.0 juta berbanding RM8.2 juta pada suku yang sama pada 2015, peningkatan besar sebanyak 155 peratus.

“Manakala bahagian Penjagaan Kesihatan pula merekodkan penurunan keuntungan sebelum cukai sebanyak 26 peratus kepada RM1.7 juta berbanding RM2.3 juta pada tempoh sama tahun lepas,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Wan Zalizan berkata, bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, keuntungan sebelum cukai TDM melonjak kepada RM40.2 juta berbanding RM11.3 juta pada tempoh sama tahun lalu,  hasil sokongan pendapatan 13 peratus lebih tinggi daripada RM268.2 juta kepada RM303.4 juta.

Katanya, TDM mencapai prestasi yang baik pada suku ketiga tahun ini, berdasarkan peningkatan harga minyak sawit mentah dan isirong sawit yang meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kesan dari permintaan pasaran yang tinggi di atas pengeluaran minyak yang rendah, di samping nilai ringgit yang lemah.

“Walau bagaimanapun, Bahagian Perladangan Kumpulan kekal positif berdasarkan dasar-dasar jangka panjang industri perladangan sawit dan kami akan memberi tumpuan berterusan kepada program peningkatan produktiviti seperti penanaman semula dan menaiktaraf kilang sedia ada,” katanya.

Katanya,penurunan dalam pengeluaran rata-rata disebabkan perubahan iklim di mana pokok-pokok kelapa sawit mengalami `moisture-stress' kesan dari fenomena El-Nino tahun lepas.


Menurutnya lagi, kemelesetan ekonomi dan pasaran yang mencabar akan terus menjejaskan sektor penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, TDM tetap berkeyakinan pertumbuhan bahagian penjagaan kesihatan bakal terus disokong oleh permintaan, tambahan dari perkhidmatan-perkhidmatan baru yang akan diperkenalkan.


Tambahnya, TDM akan terus memperbaiki usaha kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengukuhkan keupayaan perniagaan teras kami, "katanya.

No comments: