Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sultan Mizan Berkenan Rasmi Makmal Tisu Didik Tropbio Research Sdn Bhd


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Makmal Tisu Didik Tropbio Research Sdn.Bhd, Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.



Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri yakin TropBio Research Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dapat mengurus fasiliti makmal tisu didik serta berupaya untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi bagi memenuhi pasaran domestik mahupun luar negara.

Katanya, pihaknya menerima cadangan dan bersetuju untuk menjenamakan semula tapak Terengganu  Agrobiotech Center ini di dalam Kompleks Pertanian Negeri Terengganu, Ajil.

Menurut Ahmad Razif, Terengganu  Agrobiotech Center berpotensi dijadikan sebagai menjadi ‘Hub Agro-Bioteknologi & Penyelidikan Wilayah Timur’ di mana memberi fokus kepada pengeluaran benih tisu kultur produk tanaman, pusat penyelidikan agrobioteknologi, tapak pameran produk tanaman tisu kultur, pusat jualan benih tanaman dan bunga hiasan berkualiti tinggi.

"Lebih-lebih lagi dengan kedudukan kawasan Kompleks Pertanian Negeri, Ajil yang strategik dan berdekatan dengan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) ini bakal merancakkan kembali aktiviti sektor pertanian di negeri Terengganu,"katanya lagi.


Untuk itu, Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP) diperkenalkan dan diuruskan menerusi Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) bagi merealisasikan usaha untuk meluaskan fokus kepada sektor baru antaranya bioteknologi, pertanian secara besaran dan infrastruktur komunikasi, serta teknologi baru.

Menurutnya lagi, TropBio Research Sdn Bhd juga berminat untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar di Terengganu dan mempelawa petani-petani untuk bersama-sama mengusahakan tanah-tanah tersebut secara usahasama atau ladang kontrak.

No comments: