Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN : Terengganu Catat Kadar NRW Kelima Tertinggi


Kadar air tidak terhasil (NRW) Terengganu adalah 31 peratus, berbanding 36 peratus di peringkat nasional sekali gus mencatatkan negeri kelima tertinggi NRW seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman, walaupun diakui terdapat masalah bekalan air di beberapa kawasan terutama di Daerah Marang dan Kuala Terengganu, namun Terengganu masih di tangga lima teratas yang mencatatkan kadar NRW terendah.
Katanya, Kemaman pula mencatatkan rekod terbaik kadar NRW terendah iaitu 25 peratus, berbanding 36 peratus di peringkat nasional.
“Daerah ini (Kemaman) berada di tangga kedua mencatatkan kadar NRW terendah di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wakil Pas - Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari kedua, hari ini.
Sementara itu Ir Rosli berkata, kekangan bajet menyebabkan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan projek menukar paip air lama di daerah ini secara berperingkat, bagi mengatasi masalah bekalan dan tekanan air yang rendah.
“Misalnya, di Kuala Terengganu, sistem agihan (paip) yang ada sekarang ini digunakan sejak sebelum negara merdeka lagi dan menyebabkan banyak paip bocor. Oleh itu, kerajaan negeri dengan kemampuan yang ada, mengambil langkah mengatasi masalah paip bocor dan tekanan air rendah.
“Masalah bekalan ini meningkat pada waktu tertentu termasuk musim perayaan dan cuti panjang. Jadi, dengan kemampuan yang kita ada, kita buat agihan daripada segi aliran air untuk memenuhi keperluan semua masyarakat dalam satu masa supaya bekalan itu sampai kepada penduduk,” katanya.
Bagi menjawab soalan lisan Tengku Hassan Tengku Omar (Pas-Ladang) mengenai Projek Bekalan Air Selatan di Loji Bukit Sah, Kemaman, beliau berkata, projek yang menelan belanja RM499 juta itu akan dapat menampung keperluan domestik dan industri di Kemaman, Paka dan Kertih sehingga 2030.

No comments: