Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN: Melon Manis Terengganu Terima Pengiktirafan

Dato’ Muhammad Pehimi Yusof

Projek Melon Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut menerima pengiktirafan lima bintang dan dinobatkan sebagai ketiga terbaik daripada 75 TKPM seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,  Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek melon manis Terengganu antara projek tanaman yang sangat berjaya serta menjadi sumber pendapatan penduduk sekitar.

Walaupun demikian, projek yang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan dilakukan penambahbaikan agar tanaman tersebut dapat dijadikan sebagai tanaman yang eksklusif.

“Kita tidak akan membenarkan terlalu ramai menanam melon manis Terengganu ini. Pengeluarannya adalah dalam had yang telah ditetapkan untuk menjaga kualiti buah tersebut.

“Melalui promosi yang dibuat oleh kerajaan negeri terutama sempena  Tahun Melawat Terengganu 2017, kita akan jadikan melon manis Terengganu bukan sahaja buah untuk dimakan tetapi sebagai buah yang dibeli untuk dijadikan sebagai hadiah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat sesi pergulungan Sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam sesi soal jawab sebelum itu, Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal)meminta penjelasan wakil kerajaan mengenai prestasi melon manis Terengganu.

Sejak diusahakan bermula 2006 sehingga kini, pengeluaran melon manis Terengganu telah mencatatkan kutipan  sehingga RM35.5 juta.

No comments: