Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN : Graduan Perlu Rebut Peluang Ceburi Industri Pelancongan


Penduduk Terengganu terutama graduan diminta mengambil peluang untuk terlibat secara langsung dalam industri pelancongan negeri khususnya menjadi pemandu pelancong supaya dapat menjana pendapatan, kata Mohd. Iskandar Jaafar (BN-Jabi).

Katanya, kedatangan pelancong ke Terengganu saban tahun sentiasa meningkat apabila mencatatkan kira-kira 4.7 juta orang tahun lalu berbanding hanya 4.5 juta orang pada (2014) dan 4.03 juta (2013).

"Daripada jumlah kedatangan pelancong yang begitu ramai sehingga melebihi berkali ganda daripada keseluruhan penduduk Terengganu, sepatutnya rakyat Terengganu terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan. Bukan hanya terhad pelabur dan pemain industri sahaja.

"Satu bidang yang belum diterokai secara sepenuhnya oleh rakyat Terengganu adalah pemandu pelancong. Berdasarkan statistik yang kita ada, daripada 4,0731,000 pelancong (tahun lalu), hampir sejuta pelancong luar negara, bagaimanapun setakat hari ini Terengganu hanya memiliki 74 pemandu pelancong. Bayangkan kalau kita dapat melatih rakyat kita terutama lepasan universiti maka secara tidak langsung kita boleh menyediakan peluang pekerjaan antara 5,000 hingga 7,000 buat mereka,"katanya ketika sesi perbahasan di hari kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Tambah beliau, peluang itu sepatutnya menarik penglibatan seluruh rakyat bagi meningkatkan pendapatan menerusi sektor itu memandangkan ramai graduan yang masih mencari pekerjaan dan menganggur.

No comments: