Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN: 13,118 Unit Rumah Untuk Rakyat Dibina Mulai Tahun Depan


Sebanyak 13,118 unit rumah untuk rakyat bakal dibangunkan di seluruh Terengganu menerusi kerjasama kerajaan negeri dengan anak-anak syarikat Kerajaan Pusat, mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, berkata kerajaan negeri berperanan menyediakan tapak untuk projek itu yang bertujuan merealisasikan hasrat rakyat negeri ini bagi memiliki rumah pertama.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 5,287 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di 16 tapak menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.  

"PPR berkenaan melibatkan 500 unit masing-masing di PPR Bukit Aceh, Kg Rasau dan  Alor Limbat, Kuala Ping (450),  Guntong Luar (400), Gong Medang (400), Pulau Kerengga (396), Kuala Abang (350), Bukit Puteri (300), Kg Tajin (300), Bandar Seri bandi (220), Pengkalan Nyireh (213), Mak kemas (210), Air Puteh (200), Putera Jaya (200) dan Bukit Gasing (192) .


"Manakala senarai projek  SPNB yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebanyak  2,202 unit rumah iaitu melibatkan  Kg Paya Santong  (241), Kuala Ping, Hulu Terengganu (254), Kuala Nerus (277) dan Kerteh (1,430),”katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih).

Mohd Jidin memberitahu, sebanyak 2,136 unit rumah pelbagai jenis pula diluluskan menerusi empat projek Perumahan Rumah Idaman Rakyat (SPNB).

“Manakala 3,098 unit rumah di enam  Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),  sementara dua  projek yang melibatkan 1,148 unit rumah lagi  masih dalam perundingan antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan PRIMA.

"Perancangan lain, sebanyak 220 unit Rumah Mampu Milik Negeri (RMMN)  di Seri Bandi Kijal telah diluluskan pada 6 November  lalu dan akan dibina pada bila-bila masa sahaja.

“Manakala melalui projek  Perumahan Pejawat Awam 1Malaysia (PPAIM) pula melibatkan 1,229 unit rumah.

“Rumah-rumah itu akan dibangunkan di Puncak Temala, Marang sebanyak 349 unit PPAIM, Laguna Presidence, Kuala Terengganu (660)  dan  Kemaman  (220),” katanya.

No comments: