Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Seberang Takir Bakal Berubah Wajah Pada Masa Sama Kebajikan Rakyat Tetap Diutamakan.


(Bahagian ke 2)

Dalam kesibukan sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif tidak pernah lupa kepada pengundi dan orang Seberang Takir.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan dan Menteri Besar kita,kerana beri elaun bulanan kepada kita,” kata pengusaha bot penambang kepada penulis.

Beliau seorang yang mengetahui kesusahan kita kerana dia orang Seberang Takir juga dan arwah ayah dia Ustaz Man pun tahu sangat kehidupan kita.

“Jadi bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan itu dapatlah buat belanja keluarga” sambung seorang pembawa bot penambang Seberang Takir.

“Bagi kita yang susah ni, RM200 amat bernilai , sekurang-kurangnya meringankan kesusahan kerana pendapatan sekarang tidaklah banyak seperti dulu,” kata salah seorang dari 20 pengusaha bot penambang yang menerima bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pimpinan Ahmad Razif.

Dalam pada itu nelayan-nelayan di Seberang Takir juga mendapat bantuan saraan bulanan, melebihi 400 orang.

Dan sekarang ini, Ahmad Razif memperkenalkan pula usaha meningkatkan kehidupan nelayan yang di sebut “Sea Felda”. Bahkan ia menjadi perintis kepada Malaysia.

Malaysia berjaya menjadi perintis kepada pelaksanaan projek pembangunan nelayan konsep moden ala FELDA menerusi pengenalan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir itu.

Projek menelan kos RM180 juta itu, dengan fokus menaik taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan bakal menjadi pemangkin kepada golongan itu untuk menjadi lebih berjaya dan proaktif.

Belum pernah dibuat oleh mana-mana negara dan Malaysia, Terengganu dan Seberang Takir adalah perintis.

Ahmad Razif juga meneruskan perancangan sebelum ini untuk menghubungkan muara Selatan (bandar Kuala Terengganu) dengan muara Utara (Seberang Takir) melalui perhubungan terkini.

Manakala mercu tanda Terengganu yang baharu, jambatan angkat atau `drawbridge’ yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan akan beroperasi pada pertengahan tahun hadapan (2017).

Jambatan angkat yang pertama di Asia yang kini mencapai hampir 57 peratus siap, menjadi ikonik kepada komponen pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTTC) dengan pelaburan keseluruhan RM 5 bilion.

Projek membangunkan infrastruktur yang merangkumi 632 meter panjang keseluruhan struktur jambatan dan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi `draw span’serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup itu dijangka mengambil tempoh 135 minggu pembinaan.

“Pembinaan keseluruhan drawbridge yang bermula pada 13 Ogos 2014 dijangka siap dalam tempoh kurang setahun dari sekarang mampu melicinkan perjalanan trafik di kawasan itu, selain membolehkan pengguna jambatan menikmati pemandangan mengagumkan di sekeliling muara itu.

“Ciri-ciri menara drawbridge dan `Bascule Span’ memerlukan masa selama dua minit untuk dibuka dan jangkamasa yang sama juga untuk ditutup.

Selain itu, sebuah restoran berkapasiti 200 orang bakal beroperasi di `skybridge’ di menara jambatan itu dan sebuah menara lagi bakal menempatkan galeri yang juga mampu memuatkan 200 peserta.

Apakah kita boleh menidakkan keadaan Seberang Takir yang kian maju dan pada masa yang sama sudah pasti peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan peluang pengembangan ekonomi akan berlaku di Seberang Takir dan sekitarnya?.

Seberang Takir tetap menjadi kubu Barisan Nasional (BN). Pernah kerajaan negeri jatuh ke tangan pembangkang (tahun 1999), tetapi Seberang Takir masih bernaung di bawah BN.
Oleh: Ruslan AR.

(bersambung...)

No comments: