Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM16 Juta Kepada Kontraktor G1 Seluruh Terengganu

Ahmad Razif menyerahkan inden kepada salah seorang kontraktor gred G1 pada Majlis Penyerahan Inden Kepada Kontraktor G1 Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.


Kerajaan negeri memperuntukkan RM16 juta kepada kontraktor gred G1 terutama kepada yang tidak pernah mendapat mana-mana projek sebelum ini di seluruh Terengganu.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bajet yang digunakan untuk pengagihan projek kepada seluruh 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap DUN mendapat RM500,000.

Beliau berkata, pengagihan projek yang bernilai bawah RM20,000 kepada kontraktor gred G1 adalah bagi menyelesaikan isu-isu menerusi Majlis Perundingan Rakyat (MPR).

“Hasil daripada bengkel yang dilakukan oleh jawatankuasa MPR telah mengenalpasti apakah keperluan rakyat dan kita telah bersetuju untuk menyelesaikan sebahagian besar daripada projek-projek tersebut yang bernilai RM20,000 ke bawah.

“Peruntukan untuk menyelesaikan projek-projek tersebut pula menggunakan bajet dari luar kerana kita tidak mahu kontraktor terburu-buru menyiapkan projek yang diserahkan sehingga menjejaskan mutu kerja mereka,”katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Inden Kepada Kontraktor G1 Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil.

Ahmad Razif berkata, semua pejabat daerah  pula diminta melakukan pemantauan kepada pelaksanaan projek-projek itu supaya berjalan lancar dan mengikut jadual.

“Kita nak pastikan projek-projek yang dihasilkan ini dapat menyelesaikan isu MPR disamping membantu kontraktor G1 ini selain memberi peluang pekerjaan kepada mereka terutama dalam musim tengkujuh,” katanya.

No comments: