Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pusat Permindahan Banjir Qaseh OKB Mampu Tampung 350 Mangsa Banjir

Tengku Putera (kiri) kelengkapan asas untuk mangsa banjir pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Pusat Pemindahan Banjir Kompleks Qaseh OKB di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu. Foto Tg Syamim Tg Ismail  

Tiga pusat pemindahan banjir Kompleks Qaseh OKB yang bernilai RM2.5 juta sedia digunakan untuk penempatan sementara mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, pada bila-bila masa.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, pusat pemindahan itu mampu menampung kira-kira 350 mangsa banjir yang kebiasaannya membabitkan penduduk Kampung (Kg) Paya Besar, Kg Bukit Tok Bat, Kg Batu 23 dan Kg Bukit Murtaja.

"Kompleks Pemindahan Qaseh di Kampung Bukit Tok Bat dan Kampung Paya Besar dibina membabitkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM1.3 juta.

"Sementara yang dibina di Kg Batu 23 pula melalui peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM1.2 juta,"katanya.

Tengku Putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Pusat Pemindahan Banjir Kompleks Qaseh OKB di Kampung Paya Besar, semalam.


Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu,Norazmy Adenan.

Projek pembinaan kompleks Qaseh OKB mula dilaksanakan pada 1 Oktober tahun lalu dan siap sepenuhnya 23 Disember 2015.

"Setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan semua keperluan termasuk khemah, tilam, tandas, bilik mandi dan sebagainya bagi menjamin keselesaan mangsa banjir.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) turut menyediakan keperluan kit banjir seperti barangan penjagaan diri kepada setiap mangsa banjir," katanya.

Tengku Putera turut memberitahu, dua pusat pemindahan banjir di Sungai Bajar dan Paya Besar akan digunakan sebagai pusat pemangkin pembangunan di kawasan tersebut kerana bangunan tersebut mempunyai dewan dan perkedaian yang boleh di majukan selepas musim banjir.


Menurutnya, pusat pemindahan banjir di Kampung Bukit Tok Bat boleh dijadikan inap desa untuk disewakan kepada orang ramai dan pendapatannya akan disalurkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) kawasan tersebut.

Katanya, bagi memudahkan pergerakan orang ramai terutama pesakit dan petugas hospital ke Hospital Hulu Terengganu akibat laluan yang menghubungkan bandar kuala berang terputus, penggunaan bas amfibia bomba akan digunakan termasuklah 'pontoon' sejauh 100 meter untuk laluan pejalan kaki.


Selain itu, beliau berkata, permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk menaiktaraf jalan tersebut dan meninggikan aras jalan sehingga 200 meter membabitkan peruntukan kira-kira RM18 juta pada tahun lalu, masih menunggu kelulusan.

No comments: