Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Projek Keretapi Laju KL- Pantai Timur Rancakkan Ekonomi Terengganu


Projek pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur - Pantai Timur yang dijangka bermula tahun hadapan, bakal merancakkan ekonomi dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Terengganu.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM55 bilion itu akan menarik lebih ramai pelabur ke Terengganu sekaligus memajukan sektor pelancongan negeri kelak.

Katanya, China bersetuju melaksanakan projek berkenaan mengikut dua fasa, menerusi rundingan dan persetujuan yang dicapai antara Kerajaan China dengan Kerajaan Pusat, menerusi lawatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama delegasi Malaysia yang turut disertai beliau, ke China sejak 31 Oktober lalu sehingga kelmarin (Jumaat).

“Fasa pertama melibatkan landasan yang menghubungkan Gombak, Se­langor ke Dungun, Terengganu yang bermula tahun hadapan dan dijangka siap pada 2020.

“Fasa kedua pula, menghubungkan Dungun ke Tumpat, Kelantan dan ke­semua projek berkenaan yang melibatkan laluan sejauh 600 kilometer dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030,” ujarnya.

Ahmad Razif berkata berkata demikian kepada pemberita di Majlis penutupan Senamrobik TTB dan Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat DUN Seberang Takir di Taman Rekreasi Pantai Kubang Badak, Kuala Nerus, semalam.




Katanya, jajaran rel keretapi laju bagi fasa pertama sudah pun dikenal pasti dan pada masa ini, proses pengambilan tanah sudah selesai bagi laluan menghubungkan Gombak ke Dungun.

Menurut beliau, jajaran bagi fasa kedua dari Dungun ke Tumpat pula masih belum diputuskan, bagaimanapun kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada laluan pantai dalam usaha merancakkan lagi sektor perindustrian dan pelancongan di negeri ini.

No comments: