Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penyokong Pas Akur Tolak Himpunan Bersih 5


Penyokong dan ahli Pas akur dengan keputusan kepimpinan parti itu apabila tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Presidennya, Dato Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu sebelum ini membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan yang jelas menyalahi perundangan serta mengganggu ketenteraman awam.

"Kita melihat di sana (perimpunan Bersih 5 ) tiada suatu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam.

"Di mana keamanan ini hak kepada semua. Kita perlu melalui proses demokrasi menerusi pilihan raya...bukan tidak boleh demonstrasi tetapi perlu menerapkan adab yang baik. Kita tidak mahu berlaku pertembungan yang merugikan rakyat dan orang awam dan bukannya matlamat protes yang kita tujukan itu..ini sangat penting dan perlu diawasi,"katanya.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai prinsip parti itu terhadap perhimpunan Bersih 5 yang lalu.

Abdul Hadi ditemui ketika sesi rehat sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambah beliau, semua rakyat negara ini tanpa mengira penyokong mana-mana parti perlu melalui sistem pilihan raya untuk menyatakan hak mereka dan bukan melakukan demonstrasi di jalanan yang menjejaskan ketenteraman awam.

Pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 kini bermotifkan matlamat lain yang Pas merasakan ianya tidak lagi selari dengan pendekatan Pas kini.

Bersih 5  dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), bermula dengan konvoi himpunan itu sejak 1 Oktober lalu.


No comments: