Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pelekat Kenderaan Rasmi Kerajaan Di Lancar Sempena TMT2017


Kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu hari ini melancarkan Pelekat Kenderaan Rasmi Kerajaan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 yang dijenamakan sebagai ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan slogan 'Beautiful Terengganu' ianya merupakan satu pendekatan baharu dalam usaha memberi dimensi baru kepada industri pelancongan dan memperkasakan sektor ini sebagai penjana ekonomi terpenting negeri.

“Melalui pelancaran ini secara tidak langsung memperhebatkan lagi kempen promosi ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ melalui penyerlahan pelekat logo di setiap kenderaan-kenderaan jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Selain bertujuan menonjolkan keunikan logo ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ kearah anjakan paradigma masyarakat agar lebih menerima wawasan kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan industri pelancongan sebagai pencetus kepada peluang keusahawanan yang memberi pulangan secara terus kepada rakyat,” ujarnya  selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelekat Kenderaan Rasmi Kerajaan Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017, di Wisma Darul Iman, hari ini.


Katanya, juga akan diadakan program Road Show Beautiful Terengganu di seluruh daerah sebagai pemberitahuan kepada masyarakat umum berkenaan kempen ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ dan kemuncaknya adalah di Kuala Terengganu yang turut merangkumi Majlis Pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017.

“Dan kolaborasi lebih rapat dengan pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), pasukan bolasepak Terengganu FA, T-Team, Persatuan Lumba Basikal, Terengganu Hockey Team dan atlet negeri yang telah berjaya mengharumkan nama negeri di persada global,” ujarnya.

Ahmad Razif berkata, harapan kerajaan negeri terhadap kempen ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ supaya, semua penggiat dalam industri pelancongan, badan-badan NGO pelancongan, agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri serta seluruh rakyat yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung, agar membantu kerajaan negeri merealisasikan ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ kearah menjana peningkatan taraf sosio-ekonomi pembangunan negeri.

No comments: