Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pasarnita Pertama Terengganu Lancar 16 November Ini


Terengganu merintis transformasi ekonomi wanita apabila Pasarnita pertama di Terengganu bakal dilancarkan di Pasar Malam Tanjung, Kuala Terengganu pada 16 November ini.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, kira-kira jam 3.30 petang. Turut hadir Penasihat Ekonomi Wanita, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad  berkata, sempena pelancaran itu, pelbagai program menarik akan disajikan kepada orang ramai seperti penampilan artis terkenal dan juga termasuk aktiviti jualan produk daripada usahawan tempatan wanita sepanjang enam hari bermula dari jam 3 petang hingga 12 malam. Walaubagaimanapun, pada hari perasmian, perniagaan akan bermula seawal jam  9 pagi.

“Kita mensasarkan kira-kira 3,000 tetamu akan mengunjungi lokasi perasmian sempena pelancaran itu nanti terutama golongan wanita dari pelbagai agensi dan juga badan bukan kerajaan serta orang ramai,” katanya kepada Teganukita, hari ini.

Menurut Hairulnizam, Pasar Malam Tanjung yang menyediakan 34 lot premis kekal dari enam Pavillion dan 78 lot untuk diisi oleh pelbagai usahawan, akan menjadi pusat aktiviti keusahawanan negeri dengan menampilkan konsep yang lebih menarik, bersih dan eksklusif.

Katanya, pasarnita akan beroperasi tiga hari seminggu, iaitu pada Rabu, Khamis dan Jumaat, bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam,  manakala pasar malam akan mengambil tempat dan tempoh masa  yang sama sepanjang tiga hari berikutnya.

Tambahnya, pusat perniagaan itu juga mampu menjadi tarikan utama bagi menjual dan mempamer pelbagai produk meliputi makanan, kraftangan, selain persembahan serta aktiviti seni.

“Konsep yang diketengahkan juga berbeza dengan pasar malam biasa seperti peralatan jualan yang seragam, susun atur lebih kemas, penampilan usahawan dan kekemasan gerai, perkhidmatan kelas pertama, mengikut tema jualan berdasarkan hari tertentu.

“Pasarnita akan menjadi tapak perniagaan khusus untuk usahawan kecil wanita tempatan dan menjadi pusat sehenti kepada orang ramai mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan keluarga,”katanya.

Menurut beliau lagi, projek yang menjadi inisiatif pertama menerusi Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita Jabatan Perdana Menteri itu pada awalnya tercetus  ketika kunjungan Tan Seri Shahrizat sempena pelancaran program wanita peringkat negeri di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus , dua tahun lalu.






No comments: