Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Nasi Dagang, Keropok Lekor Sejuk Beku Masuk Pasaran Kota London


Makanan tradisional Terengganu, nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku diperkenalkan kepada masyarakat di kota metropolitan London, menerusi Pameran World Travel Market (WTM) London 2016.

Produk lain yang turut dijual di pameran antarabangsa tiga hari berakhir 9 November itu, adalah pakej-pakej pelancongan dibawa kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful  Terengganu.

Inisiatif yang digembleng oleh kerajaan negeri bersama penggiat pelancongan itu bagi menarik pelancong asing ke negeri ini, terutama sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, Terengganu bersama Pahang dan Perak menggunakan peluang WTM tahun ini bagi mempromosi produk dan keunikan negeri masing-masing melalui pakej kolaborasi tiga negeri.

“Buat permulaan, wakil dari tiga negeri bersetuju mengadakan pelbagai aktiviti pelancongan melalui pakej lawatan sepuluh  hari, sembilan malam dan sembilan hari, lapan malam,” katanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melancarkan nasi  nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku di Sidang Media Malaysia sempena WTM 2016.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan  Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Tengku Zaihan Che Abd Rahman.

Tetamu kehormat lain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang, Datuk. Mohd Sharkar Shamsuddin.


No comments: