Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pembangunan Usahawan UCB Bernilai RM4 Juta Pada 23 November Ini


Ahmad Suhaily (depan kiri) bersama pegawai UCB yang lain mengadakan perbincangan dengan pegawai Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang diketuai Timbalan Pengarah (Pengurusan), Mohd Razif Abd Majid (depan kanan) sempena majlis pecah tanah kompleks yang bakal diadakan nanti, di Pejabat UKOM, baru-baru ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra  

Kolej Universiti Bestari (UCB) merintis usaha membangunkan Kompleks Pembangunan Usahawan UCB bagi melatih para siswazah yang berkemahiran dan  mampu menjadi usahawan apabila menamatkan pengajian masing-masing.

Kemudahan yang merangkumi satu blok bangunan pejabat tiga tingkat, satu blok bangunan setingkat yang dilengkapi bilik kuliah, bengkel, bilik pemprosesan makanan sejuk beku serta pejabat pentadbiran menelan belanja kira-kira RM4 juta dijangka siap dalam tempoh setahun.

Penubuhan kompleks di tanah berkeluasan 2.8 hektar itu antara lain bertujuan untuk membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik, menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada pelajar lepasan UCB dan pendedahan kepada siswazah mengenai pertanian sebagai kerjaya pilihan utama.

Timbalan Naib Canselor  (Bahagian pembangunan Fasiliti Dan Kediaman Pelajar) UCB,  Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh, berkata fasiliti itu juga dibina bagi membantu mahasiswa dalam bidang keusahawanan di samping menyokong dasar negara bagi melahirkan usahawan siswazah moden yang terbilang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sehubungan itu, katanya majlis pecah tanah kompleks berkenaan bakal disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Abdul Rahman Abbas pada 23 November (Rabu), kira-kira jam 10 pagi.

 “UCB menjemput kira-kira  1,300 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kenamaan dan kakitangan serta mahasiswa kolej ini sendiri bagi menyaksikan majlis bersejarah pecah tanah sebagai merealisasikan hasrat itu pada Rabu ini,”
katanya kepada Teganukita.

UCB sebelum ini dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB) ditubuhkan pada 1998 dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti pada 1 Ogos 2012 setelah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Selain itu, UCB menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama berusaha memartabatkan anak-anak Melayu yang miskin, golongan program pembangunan rakyat termiskin dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Penubuhan UCB bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata, sebaliknya memfokuskan kebajikan, selain merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.

No comments: