Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Maidam Serah Lima Van Jenazah


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyerahkan lima van jenazah membabitkan peruntukan hampir RM615,000 kepada masjid dan komuniti terpilih di negeri ini.

Masjid terpilih adalah Masjid Kampung Kuala Pueh dan Masjid Kampung Sekayu di Telemong,Masjid Gong Balai dan Masjid Binjai Rendah di Marang serta komuniti Jerangau Sungai di Dungun.

Yang DiPertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata,  agihan van bernilai RM123,000 sebuah itu adalah sebahagian daripada peruntukan zakat supaya dapat meringankan beban masyarakat setempat di kampung berkenaan dan bagi kegunaan kariah apabila berlaku kematian.

"Pelbagai urusan dapat dipermudah sekiranya mempunyai van yang akan diletakkan di bawah pengurusan jawatankuasa masjid, termasuk membawa jenazah dan untuk kegunaan pesakit sama ada untuk ke klinik mahu pun hospital, ” katanya pada Majlis Penyerahan Van Jenazah,di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh,Telemong semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Transformasi Negeri ,A.Latiff Awang serta Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Terengganu,Mohd Rashdi Ab.Hamid@Aziz.

Menurut Shaikh Harun, jawatankuasa masjid perlu ada jawatankuasa untuk memudahkan pengurusan penyelenggaraan berkaitan van jenazah dan juga kematian yang berlaku di kampung atau kawasan sekitar.


"Maidam memberi keutamaan kepada masjid yang betul-betul memerlukan terutama di luar bandar serta penempatan penduduk jauh dari tanah perkuburan,"katanya.

No comments: