Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kemaman Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Banjir


Kemaman kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh terutama melibatkan kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir di daerah itu.

Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan berkata, Pejabat Daerah Kemaman  memperke­nalkan beberapa lang­­kah baharu berdasarkan pengalaman berdepan banjir besar pada 2013 dan 2014 termasuk menambah baik sistem pengurusan bencana.

Katanya, jika sebelum ini segala data dan maklumat penduduk yang terlibat musibah itu hanya direkod secara manual pada 2012, kini ianya ditambahbaik dari setahun ke setahun sehinggalah komuniti pintar diperkenalkan pada tahun lalu.

“Sistem Pengurusan Banjir Daerah Kemaman berevolusi. Bermula dengan sistem manual pada 2012 kepada separa berkomputer 2013 seterusnya secara berkomputer sepenuhnya pada 2014 dan ditambah dengan komuniti pintar pada 2015,” ujarnya kepada Teganukita.


Katanya, jika sebelum ini segala maklumat peribadi penduduk yang terlibat dengan banjir direkodkan pada hari kejadian tetapi bermula tahun lalu proses tersebut dikemaskini lebih awal.

Berdasarkan pengalaman lepas,  apabila berpindah barulah kita mula mendaftar dan sebagainya tetapi pada kali ini proses ini kita buat terlebih dahulu sebelum banjir melanda. Pada 2015, apabila diarahkan berpindah kita tambah dengan sistem pesanan ringkas (SMS) supaya segala maklumat penting cepat tersebar,” ujarnya.

Menurutnya, secara tidak langsung kaedah ini dapat meminimumkan penggunaan aset untuk logistik dan juga kerahan tenaga anggota sukarelawan serta pasukan penyelamat.

Rosman berkata, sehingga 7 November lepas, sebanyak 11,203 buah rumah berdaftar dengan Sistem Pengurusan Bencana Pejabat Daerah Kemaman yang melibatkan 44,877 penduduk termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga dan 74 pusat pemindahan disediakan di seluruh daerah ini.

Katanya, berikutan hujan yang turun di daerah ini hanya 41 peratus setakat ini, pihaknya lebih berwaspada dan sentiasa bersiap siaga.


“Kita kena lebih bersedia kerana peratus hujan yang belum turun lebih separuh dan sekiranya ianya terjadi dalam tempoh tiga bulan ini kemungkinan berlaku banjir ditambah dengan faktor air pasang yang dijangka bermula 14 November ini.

“Selain itu, kita juga telah adakan simulasi hadapi banjir untuk daerah ini termasuk kaedah menyelamat, penggunaan aset seperti bot dan lain-lain sebagai persediaan awal hadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Sementara itu, berikutan berdepan dengan bencana banjir setiap tahun mendorong Kemaman memperkenalkan skim perlindungan bencana, Polisi Insurans Kampung Ku daripada Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, sekali gus menjadikan daerah itu sebagai perintis di negara ini yang menawarkan perlindungan untuk bencana itu.

“Sehingga kini, kira-kira 6,000 penduduk di Kemaman telah membeli insurans berkenaan sebagai persediaan menghadapi kerugian semasa banjir di mana akan menerima pampasan segera sebanyak RM1,000,”ujarnya.

No comments: