Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Keluarga Arwah Alfian Dihadiahkan Rumah Pangsa Kampung Kolam

Ahmad Razif menyerahkan replika kunci kepada Fauziah ketika melawat ahli keluarga allahyarham Alfian  di Rumah Pangsat Kampung Kolam, petang semalam . Foto oleh Zulkifli Putra
Kerajaan negeri menghadiahkan seunit rumah pangsa di Kampung Kolam, Kuala Terengganu kepada keluarga bekas pemain bola sepak Terengganu, Allahyarham Alfian Aziz, 36, yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Titiwangsa di Grik, Perak pada Ahad lalu.

Keluarga berkenaan sebelum ini menyewa rumah itu dengan kadar RM105 sejak 1991 dan kerajaan negeri bersetuju menukarkan status rumah itu menjadi hak milik keluarga berkenaan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang mengunjungi keluarga malang itu, semalam turut melahirkan rasa simpati dengan nasib menimpa mereka yang hilang tempat bergantung selepas pemergian arwah yang sebelum ini membantu ibunya, seorang ibu tunggal, Fauziah Ngah, 58, bagi menanggung dan menguruskan enam adik beradiknya yang dikategorikan orang kurang upaya.

Katanya, bkerajaan negeri menawarkan Rumah Mampu Milik di Banggol Tuan Muda, Manir tetapi Fauziah memohon untuk terus tinggal di Flat Seri Kolam.


“ Mungkin dengan keadaan anak-anaknya  selain  sudah biasa dengan persekitaran dan jiran yang banyak membantu serta kemudahan asas yang lebih dekat dengan kawasan bandar.

“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban kerana selepas ketiadaan  Alfian sememangnya memberi kesan besar kepada keluarga arwah," katanya ketika melawat ahli keluarga Allahyarham Alfian di Rumah Pangsa Kampung Kolam.

Dalam laporan akhbar, Alfian maut manakala isteri dan dua anaknya berusia setahun dan tiga tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di KM 55, JRTB berhampiran Hentian Titiwangsa di Grik, Perak.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa bersama keluarganya menaiki Perodua Alza dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah, menuju Terengganu melalui laluan berkenaan sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Arwah yang juga anak sulung daripada lapan beradik mempunyai enam adik yang disahkan menghidap penyakit genetik menyebabkan empat daripada mereka diserang penyakit sawan manakala dua lagi dikategorikan sebagai hiperaktif.

No comments: