Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Duta Madu Kelulut Walk 2016 Teruskan Misi Rentasi Malaysia


Duta ‘Madu Kelulut Walk 2016’, Sabri Ali, anak jati Kemaman yang berjaya berjalan kaki merentasi beberapa negeri meliputi Sabah dan Sarawak, semalam meneruskan perjalanannya di negeri kelahiran pula, bagi melengkapkan misi sejauh 2,000 kilometer (km) dalam masa 50 hari sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016.

Program Kelulut Walk 2016 yang bermula pada 8 Oktober lalu di Taman Botani Negara Shah Alam dan dijadualkan berakhir pada 30 November ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) melibatkan perjalanan Sabri merentasi 14 negeri.

Misi berkenaan bagi mempromosi kebaikan penggunaan madu kelulut kepada masyarakat seluruh Malaysia.

Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir Warris berkata, Sabri atau lebih mesra dipanggil Pak Sabri tiba di Pintu Gerbang sempadan Kelantan-Terengganu pada 30 Oktober lalu selepas berjalan sejauh 45 km dari Kawasan Pembangunan Pertanian ( IADA ) Kemasin-Semerak, Kelantan.

Katanya, antara kawasan yang dilalui Sabri di Terengganu melibatkan enam daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman bermula 1 hingga 6 November ini.

Mohd Nasir berkata, majlis pelepasan misi itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa di Jeti Kuala Besut, semalam.

Turut hadir, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Katanya, Program Kelulut Walk 2016 akan dijadikan sebagai satu platform untuk mempromosikan madu kelulut serta produk hasilan daripada kelulut negeri ini kepada masyarakat setempat dari golongan kanak-kanak hingga dewasa.

Menurut Mohd Nasir, misi berjalan kaki secara solo juruteknik itu bakal mencatat sejarah tersendiri apabila akan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai perjalanan (jalan kaki) solo terjauh di negara ini setelah mencapai sasaran 2,000 km merentasi 14 buah negeri.

No comments: