Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Amsyar Teruja Berkhatan, Mahu Ikut Upin-Ipin

 

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Islam di negara ini, termasuk di Terengganu  setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, pasti ramai kanak-kanak yang akan berkhatan.

Masa cuti ini dianggap paling sesuai untuk golongan tersebut menempuh alam dewasa sekali gus melunaskan tuntutan agama itu.

Perkara ini juga tidak terkecuali bagi 150  kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perkarangan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Program yang turut disertai 321 kanak-kanak bertindik dan penyampaian hadiah  kecemerlangan 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)  itu dirasmikan  Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman

Lebih menarik, pada majlis tersebut, peserta  berkhatan turut diraikan dengan siraman air oleh  Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai tanda simbolik sebelum diarak beramai-ramai menuju ke bilik berkhatan.

Menurut bekas murid Tadika Yayasan Islam Terengganu Seberang Takir, Amsyar Mohd Syukri, 6, berkata dia mahu bersunat awal kerana mahu ikut Upin-Ipin yang bersunat masa  sekolah tadika.

Katanya, dia selalu tengok cerita Upin-Ipin, dalam cerita itu, Upin-Ipin selalu cakap, tidak sakit pun bersunat, sebab itu Amsyar tidak takut untuk bersunat.

“Amsyar cakap kat ayah, mahu bersunat sama macam Upin-Ipin, ayah setuju dan daftarkan saya untuk bersunat beramai-ramai dalam program hari ini,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi Angkasawan.
Bapa kanak-kanak itu, Mohd Syukri Ayob, berkata anaknya, Amsyar bersedia untuk berkhatan sejak berusia lima tahun, mungkin terpengaruh dengan rancangan kartun Upin –Ipin selain tengok ragam sepupunya yang sudah berkhatan.

“Disebabkan Amsyar terlalu teruja, saya ambik keputusan untuk mendaftarkan diri pada program ini yang diketahuinya melalui iklan kain rentang.


“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang, banyak manfaat diperoleh, terutama bagi membantu ibu bapa kurang berkemampuan akibat kenaikan bayaran perkhidmatan itu,” katanya yang juga seorang Guru Sekolah Pendidikan Khas Kuala Berang

 Turut berkhatan pasangan kembar yang juga murid Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang,  Muhammad Faiz  dan Muhammad Faizal Zainal Abidin, 9.


“Pengalaman berkhatan beramai-ramai dianggap sebagai satu bonus buat kami berdua dan saya berani sebab ada abang Muhamad Faizal dan kawan-kawan sekelas,” kata Muhammad Faiz

No comments: