Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Adakan Bengkel Kajian Tadika Imtiaz




Kerajaan negeri akan mengadakan bengkel untuk mengkaji dari pelbagai sudut sebelum memulakan Tadika Imtiaz di seluruh Terengganu, dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A Latiff Awang, berkata pihaknya akan memastikan usaha itu bergerak mengikut perancangan dan hasrat melahirkan lebih ramai anak-anak yang celik al-Quran dari peringkat pra sekolah berhasil.
"Ini menunjukkan kerajaan negeri begitu komited dalam memberikan pendidikan agama kepada rakyat Terengganu.

"Namun begitu, ia dalam perancangan awal dan perlu dibengkelkan untuk mengkaji dari banyak sudut melibatkan aspek tenaga pengajar, tempat belajar, kewangan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan pendidikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Daerah Marang, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafarudin Ali Husin.


Sebelum ini, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu, Terengganu bakal melaksanakan Tadika Imtiaz yang menggunakan pembelajaran dan pengajaran berteraskan al-Quran, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Tadika Imtiaz itu katanya, akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), selain menghantar cadangan itu pada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam tempoh terdekat.
Dalam pada itu, pemberian bantuan sebanyak RM1,000 seorang kepada pelajar STPM sebagai motivasi supaya pelajar Tingkatan Enam dapat menggunakan bantuan ini sebaik mungkin sebagai persediaan menghadapi STPM pada 7 November nanti.
"Kita mahu memastikan STPM di Terengganu terus kekal cemerlang dan menjadi johan di negara ini.
"Pelajar- pelajar pula kena bijak merancang untuk persiapan menghadapi peperiksaan, seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang," katanya.

No comments: