Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

7,165 Kanak-kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007


Program Hafaz Muqaddam (23 surah lazim) di kalangan kanak-kanak di 65 buah Taska Permata Keluarga (TPK) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) merekodkan peningkatan dari setahun ke setahun, sejak dimulakan pada 2007.

Hanya 255 kanak-kanak YPKT dari seluruh negeri berusia tiga hingga empat tahun yang terlibat pada tahun pertama penganjuran, bertambah sehingga 1,009  orang berjaya menghafaz muqaddam pada tahun ini.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program itu berjaya melahirkan 7,165 kanak-kanak hafaz muqaddam sepanjang 10 tahun  lalu menerusi bimbingan guru TPK masing-masing.

“Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Majlis Penyampaian Sijil Hafazan Muqaddam 2016 (23 surah lazim) dilaksanakan mengikut daerah secara berperingkat.
“Untuk hari ini, kita raikan seramai 377 orang kanak-kanak empat tahun bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang dikira berkemampuan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sijil Hafazan Muqaddam 2016 (23 surah lazim) Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Wisma Darul Iman, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Mohd Shafaruddin berkata, program hafaz ini bertujuan menanam rasa cinta kepada al-Quran dan kearah pembentukan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak awal usia.
“Aktiviti pembelanjaran seperti menghafaz dan mengingat secara berulang-ulang, secara tidak langsung akan meningkatkan kognitif, daya dan proses berfikir di kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

No comments: