Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

2,806 Graduan Dirai Dalam Majlis Konvokesyen UMT

Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan pada Majlis Konvokesyen UMT, semalam

Seramai 2,806 graduan dirai dalam enam sidang Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diadakan secara berasingan  mengikut pusat pengajian masing-masing di universiti itu, Kuala Nerus, bermula semalam.

Majlis itu berlangsung selama tiga hari, berakhir 21 November ini.

Berdasarkan jumlah itu, 32 graduan dianugerahkan doktor falsafah, 133 graduan sarjana, 2,396 graduan sarjana muda dan seramai 245 graduan bakal menerima diploma.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UMT berkenan berangkat ke UMT bagi mengurniakan ijazah-ijazah kepada graduan pada hari pertama majlis konvokesyen.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menyaksikan majlis konvokesyen itu.

Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.

Tetamu kehormat lain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Aieni Mokhtar.

Pada majlis sama, UMT menganugerahkan Anugerah Ijazah Kehormat kepada tiga sarjana atas jasa dan bakti mereka kepada Malaysia dan negara serantau iaitu penerima Anugerah 
Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Dua penerima lain, Datuk Pahlawan Mohd Rasip Hassan dan Profesor Dr Ir Widi Agoes Pratikto dari Indonesia masing-masing menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains.

Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis konvokesyen yang diadakan selama tiga hari, berakhir 21 November ini.


Antaranya gerai jualan,  pameran kesihatan dan pelbagai pertandingan melibatkan pelajar dan graduan.

No comments: