Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Usaha Tingkat Kesedaran Jaga Kesihatan Perlu Diperhebat

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud ketika merasmikan Simposium Anjakan Paradigma Kesihatan Sempena 10 Tahun KTS di Hotel Permai, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) hari ini buat julung kalinya menganjurkan Simposium Anjakan Paradigma Kesihatan dengan menghimpunkan pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, inisiatif KTS menganjurkan pertemuan antara para cendiakawan bagi membincangkan isu kesihatan itu harus dipuji dan wajar dicontohi semua pihak dalam membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan.

“Apa yang kita harapkan daripada program ini supaya sedikit sebanyak dapat menyedarkan orang ramai bahawa pentingnya menjaga kesihatan.

“Malah program dan aktiviti berkaitan kesihatan perlu diperbanyakkan bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya pengabaian kesihatan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Anjakan Paradigma Kesihatan Sempena 10 Tahun KTS di Hotel Permai, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi KTS, Dato’ Fatimah Hamat.

Menurut Roslee, kesedaran mengenai ke­si­hatan di kalangan ma­sya­rakat negeri ini masih rendah.

“Justeru, kita sarankan supaya pakar-pakar kesihatan bukan setakat mengadakan perbincangan dalam bentuk simposium sahaja, malah harus turun ke peringkat akar umbi.

“Usaha untuk menyedarkan orang ramai bahawa pentingnya penjagaan kesihatan perlu diperhebat termasuklah mengadakan program-program komuniti dengan masyarakat setempat,” ujarnya.

No comments: