Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Marang Rai Anak Yatim Madrasah Dari Kemboja


UMNO Bahagian Marang meraikan kunjungan 15 pelajar Madrasah Maaz Nurul Islam dari Kemboja yang terdiri daripada anak yatim ke negeri ini.

Kunjungan balas pelajar berkenaan sepanjang lima hari yang berakhir hari ini, bertitik tolak daripada lawatan Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang ke Kemboja, dua tahun lalu.

A. Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata pelbagai program dianjurkan bagi meraikan kedatangan pelajar berkenaan di seluruh Dewan Undangan Negeri di Marang oleh pemimpin setempat supaya mereka dapat merasai pengalaman manis dan dihargai sepanjang di daerah itu khasnya dan Terengganu amnya.



Antara program yang diatur seperti ramah mesra dan minum pagi bersama pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong di Pejabat DUN Bukit Payong, dijemput ke Program Tilawah al-Quran di Masjid Tok Dir, kunjungan ke Asrama Anak Yatim Perkaya.

Selain itu, mereka juga berkesempatan Solat Maghrib dan Isyak berjamaah, beramah mesra bersama masyarakat Kampung Kelulut serta bersama kepimpinan UMNO DUN Alor Limbat, selain diraikan di majlis makan malam di Restoran Sri Wangsa serta di kediaman Ketua UMNO Bahagian Marang.

Katanya, pihaknya memberi layanan yang cukup istimewa kepada anak yatim dari Kemboja ini bagi membalas layanan baik ketika menerima kunjungan beliau suatu masa dahulu, selain mahu merapatkan hubungan silaturahim antara sesama Islam dari dua negara Islam yang berbeza adat budaya mahupun sosio ekonomi.


Tambahnya, segala kekurangan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh pelajar di Kemboja memberi banyak keinsafan kepada semua hadirin di setiap majlis yang dianjurkan kepada mereka, menerusi perkongsian pengalaman dari mereka  yang menyertai rombongan itu.

No comments: