Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tiada Terbabit Militan Daesh Di Terengganu - Ghazali

Barisan ahli panel Majlis Liqa’ Mahabah 2016 Bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fakwa Negeri Terengganu Bersama Penjawat Awam, di Wisma Darul iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sentiasa memantau kegiatan orang awam di Terengganu bagi  memastikan mereka tidak terpengaruh dengan anasir negatif termasuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata  badan itu sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengekang anasir tidak sihat termasuk pembabitan rakyat negeri ini dengan golongan pengganas.

“Setakat ini, Maidam  tidak mengesan sebarang bentuk aktiviti militan di Terengganu bagaimanapun tetap  berwaspada dengan mengadakan pemantauan, terutama  di sekolah,  Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Liqa’ Mahabah 2016 Bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fakwa Negeri Terengganu Bersama Penjawat Awam, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


Ahli panel yang terlibat ialah Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof.Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali.

Ghazali berkata, pihak turut memantau kegiatan ajaran sesat, termasuk Ajaran Ayah Pin, bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam mengajar ajaran sesat tidak memesongkan umat Islam.

“Siasatan di perkampungan itu mendapati masih ada pengikut Ayah Pin tetapi ajaran itu sudah tidak aktif dan samar-samar.

“Kita akan terus memantau keadaan ini dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menghidupkan Ajaran Ayah Pin atau mana-mana ajaran sesat bagi menjaga kesucian Islam,” katanya.

   

No comments: