Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sedia RM10.5 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2017

Ahmad Razif menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Muhammad Pehimi untuk pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dari Besut untuk urusan perubatan dan kebajikannya yang akan diuruskan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih.

Kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM10.5 juta untuk Dana Bantuan Persekolahan yang melibatkan 105,000 pelajar seluruh Terengganu pada tahun ini.

Menteri Besar,  Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi peruntukan itu, sebanyak RM200 diberikan kepada setiap pelajar dan maksimum  dua pelajar dalam setiap keluarga dibenarkan menerimanya.

"Kita membuka permohonan melalui sistem dalam talian mulai hari ini kepada pemohon yang baharu. Pemohon yang lama dan sudah menerimanya sebelum ini tidak perlu mengisi lagi (permohonan) dalam talian.

“Kita jangka pengagihan baucer tunai kepada mereka yang layak selepas selesai proses permohonan akan bermula pada 1 Disember hingga 15 Disember depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad Razif berkata, bantuan persekolahan yang sudah dilaksanakan sejak 2005 itu bagi meringankan bebanan ibu bapa yang kurang berkemampuan terutama pendapatan ketua isi rumah yang tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Katanya, bantuan itu sentiasa meningkat dari setahun ke setahun sejak diperkenalkan 12 tahun lalu. Pada tahun lalu, seramai 102,778 penerima dengan jumlah RM10,277,800, manakala 101,984 penerima dan RM10,198,400 (2015) serta 94,966 penerima melibatkan RM9,496,600 (2014).

“Pengagihan pada sesi 2017 sebanyak RM100 seorang kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah secara tunai akan diagihkan menerusi pejabat daerah di  majlis yang diselaraskan mengikut Dewan Undangan Negeri masing-masing bermula Disember ini.


“Bantuan kerajaan kepada rakyat ini bagi memastikan mereka yang layak dapat memanfaatkan  dengan sebaik-baiknya bagi mendapatkan pakaian sekolah sebelum bermula sesi persekolahan baharu tahun depan,”katanya.

Di majlis itu juga, kerajaan negeri menyampaikan cek bernilai RM100,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih untuk diserahkan kepada pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, untuk urusan perubatannya.

Ahmad Razif berkata, urusan perbelanjaan perubatan dan kebajikan Syafi akan diuruskan menerusi Pejabat Penyelaras DUN Jertih. 

No comments: