Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Temco 2016 Platform Promosi Industri Pelancongan Negeri



Seminar Antarabangsa Ekopelancongan dan Pelancongan Marin Terengganu (Temco) 2016 bakal meningkatkan industri pelancongan di Terengganu sekaligus dijadikan sebagai platform untuk menghadapi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.
           
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan II, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata penganjuran seminar kali ketujuh tersebut diadakan bertujuan memberi fokus dalam mengekalkan kelestarian khazanah alam sekitar.

Katanya, Temco 2016 itu juga diadakan sebagai salah satu pentas untuk membincangkan dan percambahan minda ke arah melahirkan idea dalam sektor ekopelancongan dan pelancongan marin.

“Pelancong sekarang lebih terarah pada ekopelancongan. Jika kita ke seluruh negara termasuk di negara kita, ekopelancongan merupakan satu industri yang amat diminati.

“Temco 2016 kali ini bakal mempersembahkan program yang bersesuian di dalam bidang ekopelancongan dan pelancongan marin oleh pakar-pakar berkaitan daripada pengusaha-pengusaha industri pelancongan, wakil kerajaan negeri, wakil akademik, wakil persatuan pelancongan, pemandu pelancong serta orang awam,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Temco 2016 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Zanariah Mamat@Zakaria dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.


Dalam program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri tersebut, seramai 180 peserta dari dalam dan luar negara telah menyertainya.

Tambah Tengku Zaihan, visi bagi program tersebut adalah untuk menjadikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan terunggul di dalam sektor ekopelancongan dan pelancongan marin di rantau ini.  

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar rakyat negeri Terengganu khususnya dapat mempromosikan TMT 2017 dengan penggunaan #beautifulterengganu di media-media sosial supaya dapat merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.

No comments: