Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tasik Berombak Penemuan Baru UMT


Tasik Berombak di Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland),  satu-satunya kawasan tasik air tawar terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang boleh dijadikan sebagai  kawasan tarikan pelancong kerana mempunyai keunikan sendiri termasuk pembentukan dan habitat tumbuhan dan haiwan.

Mempunyai keluasan sekitar  1,000 hektar persegi itu terletak di antara Kuala Setiu dan Kampung Bintang di mana suatu ketika dahulu menjadi laluan air kepada penduduk kedua-dua kampung itu.

Ketua Stesyen Penyelidikan Tanah Bencah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Madya Dr. Jamilah Salim@Halim berkata, ianya satu penemuan baru oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  dan diperingkat akhir kajian Kumpulan Penyelidik Tanah Bencah UMT.

"Kita sudah membuat kajian lebih dua tahun yang lalu, pada asalnya ia adalah sebuah laguna air payau tetapi menjadi tasik air payau sepenuhnya selepas pergerakan lebih jauh dari aras laut sebagaimana kini, pembentukannya lain daripada yang lain.

"Dari segi sejarah tasik ini adalah jalan air yang menghubungkan kawasan Kampung Bintang ke Kuala Setiu, ianya juga menjadi kawasan penangkapan ikan air tawar seperti haruan, toman, bujuk, belida dan arowana," katanya.

Dr. Jamilah berkata, penyelidikan mendapati ini sebahagian kawasan tasik ini ialah tanah gambut muda yang masih aktif.

"Kawasan ini juga kini dipenuhi pokok kelapa sawit yang diusahakan secara pajakan dan kita mengharapkan kawasan ini akan terus dipulihara apabila tempoh pajakanya tamat. Pada hakikatnya kawasan ini tidak praktikal untuk tanaman kelapa sawit kerana ia kurang subur dan berpasir," katanya.

Menurutnya, pembentukan tanah gambut di kawasan Tasik Berombak itu lain daripada pembentukan tanah gambut biasa dimana pada musim kemarau ianya menjadi kering.

"Dulu, pasir dari laut mendap, apabila laut bergerak lebih jauh kawasan itu akan terkepung dan dimasuki air tawar sepenuhnya, ia menjadi tanah bencah air tawar sepenuhnya. Bahan organik daripada tumbuhan yang terperangkap antara lapisan itu yang menjadi tanah gambut,


"Fungsi utama kawasan tanah gambut ini sebagai kawalan hidrologi, ianya menyimpan air, ketika kemarau ianya kering tetapi air masih ada di bahagian bawah kerana itulah ia di panggil tanah bencah," katanya.

Katanya, apabila musim tengkujuh ia akan menyerap air dan menjadi penebat banjir untuk menakung air, beberapa kawasan dilanda banjir boleh di kawal. 

"Tasik Berombak juga membekal air tawar kepada Laguna Setiu yang menjadi slumber ekonomi penduduk setempat," katanya.

No comments: