Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tahap Kesedaran Berpindah Apabila Bencana Masih Sederhana -Zahid


Tahap kesedaran orang ramai untuk berpindah lebih awal apabila berlaku bencana alam terutama banjir masih sederhana, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, penilaian berkenaan dilakukan dengan mengambil kira skala antara satu hingga 10 dan kesedaran masyarakat berada pada tahap lima.

"Kita perlu tingkatkan kesedaran itu di kalangan mangsa yang berdaftar atau tidak berdaftar. Kerajaan menubuhkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang telah siap sedia 100 peratus dalam menghadapi apa-apa situasi bencana dalam negara.

"Bagaimanapun, kita mahukan respons daripada orang ramai supaya nanti apabila berlaku bencana, kita tidak mahu orang ramai hanya menjadi penonton apabila bantuan diberikan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 di Kemaman Waterfront, Chukai, hari ini.

Turut hadir,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Dato’ Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Dato’ Rohani Abd Karim.


Ahmad Zahid juga memuji komitmen semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan anggota keselamatan yang sentiasa bersedia dan berusaha mengurangkan risiko kematian serta kemusnahan semasa berlakunya setiap bencana.

Beliau berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) Kemaman dalam menghadapi banjir bukan sahaja berjaya mencapai piawaian 'gold standard' di dalam negara tetapi juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, SOP Kemaman Siap Siaga, satu program dalam inisiatif Komuniti Pintar Kemaman memenangi anugerah pada Sidang Kemuncak mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) di Geneva tahun lalu.





No comments: