Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

T-Team Optimis Ke Final


Kita mampu bangkit untuk mencipta sejarah menuju ke final, kata Pengurus Pasukan T-Team, Dato’ Mohamad Kamil Othman.

Beliau meminta seluruh rakyat serta penyokong bola sepak Terengganu mendoakan agar pasukan T-Team dapat menguasai 90 minit perlawanan dan menyekat pihak lawan dengan menggunakan setiap taktikal serta strategi untuk mara ke persaingan akhir.


“Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak dan tentulah kami mengharapkan pasukan kita ini mampu mara dan mencipta kejutan dalam sejarah bola sepak negara,” katanya kepada Teganukita.

Mohamad Kamil mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua The Titans menentang Selangor, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu, malam esok.



Katanya, sesi latihan berjalan lancar selain pemain turut diserapkan motivasi dari pihak pengurusan bagi meningkatkan moral dan disiplin ketika di padang nanti.

Tambahnya, pihaknya turut menganjurkan solat hajat sebelum sesi latihan di stadium yang sama, petang semalam.

No comments: