Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

T-Team Beraksi Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Separuh Akhir Kedua




“Kita akan kekal bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi separuh akhir kedua nanti, memandangkan pemain T-Team sudah serasi dan kita bimbang hilang `skill' jika menggunakan padang lain," kata Menteri Besar yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.

Beliau mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua melibatkan pasukan junior Terengganu, T-Team menentang Selangor, pada 15 Oktober ini.

Ahmad Razif berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, pemain The Titans sudah serasi dengan keadaan padang kerana sentiasa menjalani latihan dan menempuhi banyak perlawanan di SSINS. 

Katanya, kita sedar masalah kebanjiran peminat bola sepak  akan berlaku memandangkan stadium itu hanya dapat menampung kira-kira 10,000 penonton berbanding di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus yang boleh memuatkan sehingga 50,000 penonton.

Ahmad Razif berkata, bagi menyelesaikan masalah limpahan penyokong, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan kemungkinan akan memasang skrin layar besar di lokasi tumpuan peminat bola sepak negeri.



No comments: