Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sung Baek Park Hancurkan Impian Hariff Naiki Podium

Aksi Sung Baek Park ketika menamatkan pusingan terakhir Jelajah Malaysia 2016 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Pelumba KSPO, Sung Baek Park raih tempat pertama dalam pusingan terakhir Jelajah Malaysia 2016 yang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sekaligus menghancurkan hasrat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh untuk menaiki podium.

Dengan kemenangan tersebut, pelumba dari Korea Selatan itu sekaligus merampas jersi Biru yang sebelum ini diperolehi oleh Hariff dalam pusingan ketiga dan keempat.

Sung Baek Park berkata, untuk pusingan terakhir itu, semua ingin merebut peluang memenangi Jelajah Malayia namun dia bertuah kerana dapat menamatkannya di tempat pertama.

“Saya hanya memberi sasaran untuk juara pusingan dan tidak menyangka dapat meraih jersi Biru untuk pusingan terakhir ini.

“Saingan sengit diberikan oleh beberapa peserta dari Malaysia namun tuah memihak kepada saya untuk menamatkan di tempat pertama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menamatkan saingan peringkat kelima Jelajah Malaysia 2016 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.


Dalam saingan sejauh 184.4 kilometer yang bermula di Kemaman tersebut, Mohd Hariff Saleh hanya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa tiga jam 14 minit 37 saat.

Tempat kedua dalam perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba NSC Mycron, Irwandie Lakasek (3:14:39) manakala ditempat ketiga dimenangi oleh pelumba TSG, Dadi Suryadi (3:14:39).

Pasukan dari Iran, Pishgaman Cycling Team menempa nama apabila memenangi tiga kategori untuk pusingan terakhir te! rsebut apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan selain turut memenangi individu terbaik (Arvin Moazami Godarzi) dan Raja Bukit (Amir Kolahdouz Hagh).

Pelumba Pasukan Kebangsaan Malaysia, Nik Mohd Azwan Zulkiflie mengekalkan jersi Merah miliknya manakala jersi Putih juga kekal milik pelumba yang mewakili 7 Eleven Sava RBP Philippines, Jesse James Ewart.

No comments: