Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Singgahan Pedagang Buka Penempatan Payang Kayu, Kuala Berang


Biarpun lokasinya kira-kira 60 kilometer jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, ia tidak pernah menghalang hampir 500 warga Kampung Payang Kayu, Kuala Berang untuk saling bantu-membantu menjaga keindahan dan keceriaan desa mereka.

Penduduk yang menghuni 117 rumah di kampung tersebut, saling bekerjasama dalam melakukan aktiviti dalam komuniti termasuk gotong-royong menceriakan halaman rumah masing-masing.



Penduduk kampung itu bekerja kampung seperti menorah getah, menanam kelapa sawit, termasuk menternak lembu dan  kambing sebagai sumber pendapatan.

Menceritakan tentang asal usul kampung itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Payang Kayu, Ramli Omar berkata, daripada apa yang diceritakan secara turun temurun daripada nenek moyangnya, ia bermula dengan kisah pedagang dan pokok Kepayang.

“Suatu masa dahulu, terdapat serombongan pedagang dari negeri Johor datang untuk berniaga di sini dan salah seorang daripadanya membawa burung ketitir tetapi terlepas ketika dalam perjalanan itu. Walau bagaimanapun, pedagang terbabit tidak berputus asa menjejaki burung ketitirnya sehinggalah sampai di bawah sepohon kayu Kepayang yang rendang.

“Memandangkan hari telah petang, rombongan berkenaan mengambil keputusan bermalam di situ dan keesokannya terperanjat apabila melihat burung yang dicari sedang bertenggek di atas pokok Kepayang tempat mereka berteduh.


“Selepas peristiwa itu, ketua rombongan pedagang telah mendapat ilham untuk mendirikan sebuah kampung di kawasan berkenaan dengan menamakan penempatan baru itu sebagai Kampung Payang Kayu dan daripada peristiwa itulah kampung tradisional ini mendapat nama,” ceritanya.


Ramli berkata, komitmen dan  semangat permuafakatan penduduk nyata berbaloi apabila Payang Kayu berjaya menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2008/2009.

No comments: