Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM1.7 Juta Untuk Landskap


Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan pembangunan dan pemuliharaan landskap dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, projek utama yang dilakukan melalui peruntukan tersebut ialah membantu PBT membangunkan taman-taman awam serta memulihara landskap semulajadi.

“Selain melaksanakan projek-projek keceriaan bandar seperti pembekalan ‘annual flower’ dan pokok-pokok kekal, peruntukan tersebut untuk menaik taraf taman-taman rekreasi dalam kawasan bandar.

“Dengan adanya peruntukan ini ianya memberi sumber pendapatan kepada pengusaha nurseri dan kontraktor landskap di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Menurutnya, peruntukan dalam pembangunan landskap secara tidak langsung turut membantu menjana pendapatan di kalangan usahawan dan juga perunding di bidang berkaitan.

Katanya, kerajaan amat mengambil berat terhadap pemuliharaan landskap negeri kerana ia melambangkan imej sesebuah negeri.

“Sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Terengganu 2017, hasrat kerajaan negeri adalah untuk mewujudkan bandar dalam taman dan menceriakan serta mengindahkan lagi bandar-bandar dalam Terengganu,” ujarnya.

Mohd Jidin berkata, Jabatan Landskap Negara turut memberi peruntukan dalam membangunkan landskap di negeri ini.

No comments: