Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Projek Perumahan Baharu Di Tok Jembal


Kerajaan negeri bakal melaksanakan projek perumahan baharu di kawasan hampir 12 hektar di Tok Jembal, Kuala Nerus dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan di situ.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu, sebanyak 300 unit rumah akan dibina dengan peruntukan kira-kira RM75 juta.

“Setelah diberi subsidi oleh kerajaan, harga yang ditawarkan untuk rumah mampu milik dengan harga RM68,000 manakala rumah sederhana iaitu rumah teres satu tingkat di bawah RM200,000 dan RM300,000,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad, di Dewan Sivik Kampung Seberang Takir, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad, Mohamad Ibrahim.

Katanya, projek perumahan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah tetapi turut memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan kediaman idaman.

No comments: