Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PMINT Square Beroperasi Menjelang 2017


PMINT Square, di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu yang dilengkapi pusat komersial, ruang pejabat serta hotel bakal mengubah landskap Bandar Raya Kuala Terengganu, apabila beroperasi sepenuhnya menjelang awal 2017.

Komponen bangunan seperti Plaza Paya Bunga, Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral, Paya Bunga Hotel, Wisma PMINT dan Menara PMINT dihubungkan dengan jejantas pejalan kaki akan menjadi mercu tanda baru Terengganu yang merubah landskap pembangunan Kuala Terengganu khasnya dan Terengganu, amnya.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan kos RM500 juta masih dalam pembinaan dan dijangka siap selewat-lewatnya Februari tahun hadapan.

Katanya, pusat boling 36 lorong di Paya Bunga Sentral akan dibuka terlebih dahulu kepada orang ramai pada Disember ini.

“Manakala 11 panggung wayang yang ditempatkan di bangunan yang sama akan mula beroperasi Februari tahun hadapan kerana terdapat beberapa masalah berkaitan rekaan dalaman yang memerlukan tempoh sekurang-kurangnya empat bulan untuk disiapkan.

“Apabila kedua-dua pusat rekreasi keluarga di Paya Bunga Sentral ini beroperasi sepenuhnya secara tidak langsung ianya menjadi kekuatan dalam mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017,” ujarnya kepada pemberita ketika melawat Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar PMINT, Samiun Salleh.


Katanya, kerja-kerja hiasan dalaman 215 bilik hotel di Paya Bunga Square sedang rancak dilaksanakan sebelum hotel itu dijangka beroperasi pada Februari ini.


No comments: