Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peruntukan RM16 Juta Untuk Kontraktor Kelas F

Ahmad Razif bersalaman dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan  Datuk Bandar itu, di Wisma Darul Iman, hari ini.  
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM16 juta untuk projek kontraktor Kelas F, bermula minggu hadapan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap pejabat daerah akan menerima RM2 juta dengan masing-masing setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mendapat peruntukan RM500,000.

Katanya, setiap projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 ke bawah itu nanti mampu memberi manfaat kepada kira-kira 800 kontraktor Kelas F yang berdaftar di seluruh Terengganu.

“Peruntukan itu akan disalurkan terus menerusi lapan pejabat daerah seluruh Terengganu. Inisiatif ini adalah bagi memberi peluang kepada kontraktor Kelas F yang tidak mendapat banyak projek dan tidak langsung menerima projek pada tahun ini.

“Ianya juga sebagai suntikan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
  
Ahmad Razif berkata, usaha itu bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada kontraktor Kelas F, malah membantu merancakkan perniagaan di kalangan pembekal barangan pembinaan dan perkakasan seluruh Terengganu.


No comments: