Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penyokong `Sesat' Dapat Pas Masuk Percuma


Nasib 45 penyokong T-Team yang tersesat hingga ke Jempol  menyebabkan mereka terlepas untuk menyaksikan perlawanan suku akhir kedua, T-Team menentang Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, baru-baru ini, terubat apabila mereka mendapat pas percuma bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir, malam Sabtu ini.


Seorang daripada penyokong berkenaan, Ariffin Mat Ali, 54, dari Kampung Wakaf Dua, Bukit Payong, mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan T-Team kerana menyediakan pas berkenaan kepada mereka bagi meneruskan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada The Titans.

“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi penghargaan kepada kami selepas peristiwa tersesat sampai ke Jempol untuk menyaksikan perlawanan di Jengka, baru-baru ini.

“Tetapi, syukurlah T-Team menang… dan saya meramalkan T-Team 1- Selangor 0 pada perlawanan  Sabtu ini, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,”katanya.

Ariffin mewakili rakan-rakannya menerima pas berkenaan yang disampaikan Pengawai Penyelaras T-Team, Mohd Sharizam Mohd Zin, di Pejabat Pengurusan T-Team, Jalan Air Jernih, hari ini.

Difahamkan, dalam insiden 17 September lalu, pemandu bas persiaran berusia 20-an, yang membawa 44 penyokong T-Team  dikatakan tidak tahu laluan ke STAR sehingga tersasar ke Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua rombongan, Sulong Abdul Rahman, berkata mereka berkumpul dan bertolak dari Chendering, di sini untuk ke Jengka pada kira-kira jam 1.30 petang, Sabtu lalu. Bagaimanapun, katanya sebaik tiba di Maran, Pahang beberapa penyokong yang pernah ke STAR memberitahu bas yang mereka naiki tersalah laluan dan bukannya menuju ke stadium.

Mereka dikatakan singgah mencari kedai makan di Jempol yang menyediakan skrin besar untuk menyaksikan aksi The Titans sebelum bertolak pulang ke Terengganu, selepas tamat perlawanan.

Akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian tiket sebanyak RM460 dan akan berbincang dengan syarikat itu untuk mengurangkan kos sewa bas kerana apa yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu. 

No comments: