Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pendekatan Inklusif Kekalkan Kemenangan


Pendekatan inklusif daripada semua peringkat di Terengganu merupakan kaedah terbaik untuk memastikan kemenangan kekal berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Menurut beliau, kerjasama yang proaktif daripada peringkat parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), cawangan, bahagian merupakan kaedah yang terbaik untuk memastikan bahawa apa yang berada di atas kertas dapat diterjemahkan.

"Kalau kita dapat gemblengkan semua tenaga di semua peringkat, saya percaya UMNO dan BN masih lagi berada di landasan yang kukuh.

"Dan termasuk satu-satunya perkara yang paling penting ialah kesatuan sesama ahli UMNO dan BN di Terengganu ini", ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus 2016 di Duyong Marina & Resort, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, wadah perjuangan yang dibawa UMNO dan BN masih lagi terbaik dan diiktiraf.

"Kita kena terus pastikan kelebihan yang ada pada kita iaitu kesatuan dengan meletakkan perjuangan sebagai keutamaan dan membela nasib rakyat.

"Itu semua merupakan sesuatu yang telah kita warisi daripada pejuang parti terdahulu," ujarnya.

No comments: