Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PDHT Siap-Siaga Hadapi Banjir


Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu(PDHT) melalui penubuhan Jawatankuasa Payung bersama agensi-agensi lain termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat kini bersiap-siaga menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada musim tengkujuh ini.
Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail berkata, pi­haknya akan memfokuskan lapan sekolah di Hulu Terengganu yang berisiko tinggi di tenggelami air sekiranya banjir, dengan memperke­nalkan beberapa lang­­kah baharu berdasarkan pengalaman berdepan musibah itu tahun lalu.
"Kita tidak mahu kejadian seperti tahun lepas berlaku lagi di mana kita terpaksa menanggung kerugian hampir RM800,000 akibat kemusnahan harta benda di sekolah.
"Sebagai langkah awal,pihak PDHT telah mengeluarkan arahan supaya sekolah-sekolah yang terlibat bertindak dari sekarang bagi menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting sebelum cuti persekolahan bermula nanti," kata Jalaluddin kepada Teganukita/The Iman Tribune, semalam.
Menurutnya lagi, perhatian khas juga diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam peperiksaan dengan menawarkan asrama untuk mereka tinggal sewaktu banjir supaya tidak terkandas akibat terputus hubungan antara rumah masing-masing dengan sekolah.
"Selain daripada itu, laluan-laluan alternatif untuk pengawas peperiksaan juga telah dikenalpasti melalui pelan kontijensi yang dibuat sebelum ini supaya tidak timbul masalah untuk bertugas pada saat kecemasan itu.
"Kita telah berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat dengan banjir bagi memastikan pelan kami menerusi Jawatankuasa Payung berjaya menghadapi banjir pada tahun ini, sekali gus dapat mengurangkan kos kerugian akibatnya."ujarnya lagi.

No comments: