Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Muhamad Syafi Meninggal Dunia


Kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser rahang, Muhammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dari Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, Jerteh, meninggal dunia, petang ini.

Muhamad Syafi, yang tinggal di Taman Selasih, Padang Landak, mula mengalami penyakit berkenaan pada Ogos 2014 selepas disahkan menerusi biopsy pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya,Norzuriana Madri, 38, dan bapanya Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, pada jam 3 petang ini.

Menurut Norzuriana, sebelum menghembus nafas terakhir kelihatan air mata Muhamad Syafi keluar berlinangan dan turut disaksikan adik beradik allahyarham yang lain.

“Saya reda dengan pemergian arwah selepas dua tahun lebih menderita sakit dan terlantar dirumah,” Katanya ketika ditemui The Iman Tribune/Teganukita, hari ini.

Beliau berkata, kali terakhir arwah mendapat rawatan di HUSM Kubang Kerian  pada Rabu minggu lalu dan selepas itu arwah kelihatan lebih sihat.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan arwah berubah sejak malam tadi sehingga beliau menghembus nafas terakhir petang ini.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, selepas solat Isyak malam ini.

Penderitaan murid terbabit sebelum ini mendapat perhatian dan liputan meluas dari media massa sehingga pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil memberi sumbangan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang turut melawat allahyarham sebelum ini selain mengumumkan bantuan segera RM100,000 kepada keluarga pelajar terbabit bagi urusan perubatan.

No comments: