Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MBKT Mahu Wujud Kawasan Riadah Dalam Bandar


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bercadang menjadikan lokasi sejauh tiga kilometer di pusat bandar ini sebagai kawasan riadah dalam bandar bersama keluarga.

Lokasi yang dikenalpasti untuk aktiviti riadah berbasikal, joging dan berjalan kaki itu, bermula dari perkarangan sungai Kampung Tanjung menghala ke Taman Shah Bandar dan berakhir di kawasan Pulau Warisan.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, apabila inisiatif itu dimulakan nanti, laluan berkenaan akan ditutup kepada pengguna jalan raya dalam tempoh masa tertentu atau tidak melebihi tiga jam.

Katanya, lokasi berkenaan nanti perlulah laluan yang kurang sibuk dari lalu-lalang selain menjadi pilihan masyarakat setempat untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Sementara, hari dan waktu yang bersesuaian akan ditentukan kemudian.

“Apa yang dicadangkan ini  telah dipersetujui Menteri Besar, cuma perlu menunggu persetujuan pihak terlibat sebelum melaksanakannya.

“Bagaimanapun, kita perlu menyelesaikan berkaitan  makluman  dan permohonan untuk kerjasama bersama pihak berkuasa,  hebahan penutupan  laluan dan beberapa perkara lain, terlebih dahulu” katanya di satu majlis bersama media, di Kuala Terengganu,  baru-baru ini.

Mohd Zulkifli turut memberitahu,  MBKT giat menceriakan suasana malam di bandar raya ini dengan menambah papan perkataan berlampu di tiga lokasi yang menjadi tumpuan, sejak pertengahan bulan lalu.

“ Lokasi terlibat adalah Dataran Shah Bandar dipasang dengan perkataan Bandaraya Pesisir Air,  Taman Awam Batu Burok (Selamat Datang Kuala Terengganu) dan Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu pula dengan perkataan `Welcome KT Walk'.

“Kerja-kerja pemasangan bermula pertengahan bulan  lalu itu sebagai usaha mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, selain mahu menjenamakan lokasi terbabit di kalangan pelancong,” katanya.

No comments: