Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Langkah T-Team Terhenti

Kesebelasan utama pemain T-Team yang beraksi di perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.
Perjuangan pasukan berstatus kelab, T-Team terhenti di peringkat separuh akhir apabila tewas 0-3 kepada Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Ketua jurulatih pasukan itu, Rachmat Darmawan berkata gol awal dari pasukan pelawat sedikit menjatuhkan moral pemain Titans.

“Kita bermain terlalu berhati-hati di awal permainan dan apabila pasukan pelawat menjaringkan gol pada minit kedua, ianya sedikit menjatuhkan mental pemain T-Team.

“Kita cuba bangkit namun tidak kesampaian apabila pasukan pelawat sekali lagi menambah jaringan tidak lama kemudian,” katanya.



Pasukan pelawat, The Red Giant bermula selesa apabila mula membuka jaringan seawal minit kedua melalui R Gopinathan.

Walaupun terdapat percubaan dari T-Team untuk menyamakan kedudukan, namun Selangor bijak mencari peluang daripada kekalutan di hadapan pintu gol untuk menjarakkan lagi kedudukan pada minit ke-18 hasil jaringan Ugochukwu Ukah.

Kekecewaan The Titans terus ditambah apabila Selangor menambah gol ketiga sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil melalui kapten pasukan pelawat, Andik Vermansah.

T-Team gagal untuk mara ke final selepas tewas menentang Selangor dengan agregat 1-5. Pada perlawanan separuh akhir pertama, Titans tewas 1-2 di Stadium Shah Alam.

No comments: