Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Cadang Laksana Tadika Imtiaz


Kerajaan negeri bercadang merintis penubuhan Tadika Imtiaz susulan kejayaan rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz yang kini menjadi simbol kecemerlangan pembangunan pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelaksanaan Tadika Imtiaz itu bakal dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan akan menghantar cadangan itu pada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam tempoh terdekat.

“Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, pembelajaran dan pengajaran di tadika itu nanti akan berteraskan al-Quran, bahasa Arab dan bahasa Inggeris,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Potensi dan Karnival KEMAS Peringkat Negeri Kem Pengakap, Seberang Takir, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) KEMAS Pusat, Hassan Manaf dan Pengarah KEMAS negeri, Dr Faridah Mat.

Ahmad Razif berkata, kanak-kanak lepasan Tadika Imtiaz akan diserap ke Sekolah Rendah Imtiaz kelak dan mereka yang layak dan lulus cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pula seterusnya boleh menyambung ke Sekolah Menengah Imtiaz.

"Malah, kerajaan negeri juga sudah di peringkat akhir perancangan pelaksanaan Sekolah Rendah Imtiaz di negeri ini yang dikelola dan diuruskan oleh Yayasan Islam Terengganu,” ujarnya.

No comments: